pengajian perniagaan contoh soalan dan jawapan

RAMALAN PP2 2011: KEUSAHAWANAN(PENGENALAN)


SOALAN:

1. Nyatakan lima dimensi yang digunakan untuk mengukur seorang peniaga yang berciri keusahawanan
i. Lokus kawalan
ii. Kecenderungan mengambil risiko
iii. Kreativiti dan inovasi
iv. Keperluan pencapaian
v. Penghargaan dan keyakinan diri

2. Bagaimanakah seseorang usahawan desa dapat menyumbang kepada industri pelancongan negara?
i. Homestay – bed and breakfast
ii. Industri kraf – batik, anyaman
iii. Makanan tradisional
iv. Satu kampung satu produk
v. Agro pelancongan – kolam memancing, dusun, ladang bunga dan sayur-sayuran

3. Terangkan peranan seseorang usahawan sebagai model ikutan kepada masyarakat
i. Kejayaan dalam hidup dan sumbangan dapat membuka minda masyarakat
Masyarakat sekeliling akan terbuka minda melihat kejayaan hidup dan seterusnya sumbangan yang disalurkan kepada masyarakat dan ini akan membuka minat dan semangat untuk mereka mencontohi usahawan tersebut.
ii. Alternatif kerjaya khusus kepada remaja yang baru tamat pengajian tinggi
Masyarakat remaja terutamanya yang baru menamatkan pengajian dan sukar mencari pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta akan melihat kejayaan usahawan tersebut sebagai ikutan dan menjadikan usahawan sebagai satu alternatif kerjaya
iii. Menjadi ikutan kepada prinsip hidup dan ciri-ciri
Prinsip hidup dan ciri-ciri yang ada pada seseorang usahawan yang berjaya akan menjadi ikutan kepada masyarakat dan ini boleh melahirkan para usahawan baru

4. Terangkan empat sumbangan usahawan kepada masyarakat. [6]

1. Peluang pekerjaan
Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja
2. Penggunaan sumber tempatan
Perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di persekitaran ia beroperasi. Ini meningkatkan pendapatan penduduk
3. Penggerak ekonomi yang sihat
Memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia berperanan mengekal atau mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada
4. Menjadi sumber inspirasi / model kepada masyarakat
Memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan baru
5. Membangunkan industri sokongan
Mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui pembabitan bumiputera dalam perdagangan
6. Beri sumbangan sebahagian dari pendapatan kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial
Seperti derma kebajikan, sosial, pembinaan prasarana
7. Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Melalui pelaksanaan dasar kerajaan seperti DEB, DPN yang bermatlamat penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Keselesaan hidup.

RAMALAN PP1 2011: BAB 1-PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN [SET 2]
Posted by Cikgu aZLy comments (0)

SOALAN:

a. Huraikan kepentingan perniagaan kepada masyarakat. [5]
b. Jelaskan kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara. [5]

CADANGAN JAWAPAN:

a. Huraikan kepentingan perniagaan kepada masyarakat. [5][skema]

• Memenuhi keperluan masyarakat [½] dengan menyediakan barangan dan perkhidmatan[½]
• Mewujudkan pekerjaan kepada ahli masyarakat[½] melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan[½]
• Pembangunan masyarakat setempat[½] dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui sistem bekalan dan jualan[½]
• Tanggungjawab sosial / menjaga kebajian masyarakat[½] melalui barangan dan perkhidmatan yang memberi kebajikan[½]
• Menyediakan infrastruktur[½] seperti sistem jalanraya, perhubungan dll untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.[½]

Contoh jawapan calon yang baik bagi soalan ini:

Sesebuah perniagaan yang wujud memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat di mana perniagaan tersebut beroperasi atau menjalankan aktivitinya, antara kepentingan atau manfaat perniagaan kepada ahli masyarakat ialah:
1. Perniagaan yang wujud dapat memenuhi keperluan masyarakat melalui penyediaan barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tersebut.
2. Perniagaan juga mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada ahli masyarakat setempat di mana perniagaan tersebut beroperasi, ini berikutan operasi perniagaan yang dijalankan memerlukan pekerja setempat untuk menjalankan operasi perniagaan.
3. Selamat menjawab..

b. Jelaskan kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara. [5]

• Tingkatkan pendapatan negara-cukai
• Mewujudkan peluang pekerjaan-kurangkan pengangguran
• Kurangkan inflasi-dgn hasilkan brg dan perkhidmatan yg cukup
• Membangunkan industri hiliran & huluan /industri sampingan
• Wujudkan penempatan baru/bandar-bandar baru-aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
• Penggunaan sumber bahan mentah negara dengan berkesan/optima
• Menstabilkan ekonomi negara

RAMALAN PP2 2011: PENGENALAN KEUSAHAWANAN

SOALAN:

a.Huraikan definisi keushawanan. [3]

•Keusahawanan ialah pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, pengurusan risiko [1]
•dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insan untuk menggerakkan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan [1]
•untuk membolehkan sesuatu projek membuahkan hasil. [1]

b.Terangkan konsep usahawan, peniaga dan pengurus dalam konteks perniagaan. [6]

a. Usahawan
•Usahawan ialah seorang yang memulakan sesuatu,
•pandai mencuba atau mencipta sesuatu yang baru (kreatif),
•mengubahsuai serta membuat pembaharuan (inovatif),
•mengatur serta mewujudkan pasaran,
•sanggup menghadapi risiko dan
•berusaha untuk menjayakan sesebuah perniagaan.

b. Peniaga
•Peniaga pula ialah seseorang yang banyak menjalankan aktiviti-aktiviti jual-beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan dan kemajuan terhadap perniagaannya,
•tidak kreatif dan tidak inovatif.
•Peniaga mementingkan keuntungan semata-mata dan
•tidak mengutamakan sumbangan atau khidmat kepada masyarakat dan negara.

c. Pengurus
•Pengurus ialah seorang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan sesuatu perniagaan
•iaitu merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal sesuatu organisasi supaya matlamat sesebuah organisasi tercapai.
•Pengurus tidak semestinya seorang usahawan tetapi seorang usahawan merupakan seorang pengurus.

c.Jelaskan sumbangan usahawan dari sudut makro [8]

1.Peluang pekerjaan
Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja

2.Penggunaan sumber tempatan
Perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di persekitaran ia beroperasi. Ini meningkatkan pendapatan penduduk
3.Penggerak ekonomi yang sihat
Memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia berperanan mengekal atau mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada
4.Menjadi sumber inspirasi / model kepada masyarakat
Memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan baru
5.Membangunkan industri sokongan
Mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui pembabitan bumiputera dalam perdagangan
6.Beri sumbangan sebahagian dari pendapatan kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial
Seperti derma kebajikan, sosial, pembinaan prasarana
7.Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Melalui pelaksanaan dasar kerajaan seperti DEB, DPN yang bermatlamat penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Keselesaan hidup.


d.Jelaskan sumbangan usahawan dari sudut mikro [8]

1.Melihat masalah sebagai peluang untuk mewujudkan idea perniagaan yang bernas
2.Mengurus faktor pengeluaran seperti modal, aset dan sumber manusia dengan cekap untuk tujuan aktiviti pengeluaran hasil
3.Menangani risiko kegagalan bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan dan berkembang
4.Memaksimumkan keuntungan-Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti peluang atau cara-cara bagi memaksimumkan keuntungan perniagaannya.
5.Meningkatkan produktiviti-Usahawan sentiasa mencari atau mengenalpasti cara-cara bagi meningkatkan aktiviti pengeluaran produknya
6.Melatih pekerja-Usahawan melatih para pekerjanya dengan menghantar pekerjanya menghadiri kursus atau latihan berkaitan dengan kerja.
7.Menjana idea perniagaan-Usahawan sentiasa mencari dan menjana idea perniagaan bagi meningkatkan keuntungan.
8.Meminimumkan kos-Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti cara-cara meminimumkan kos dan seterusnya akan meningkatkan untung.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN: PP1 BAB 1


SOALAN RAMALAN PP1 2011: BAB 1-PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

Berikan defini perniagaan dan huraikan elemen-elemen penting dalam sesebuah perniagaan. [10]

CADANGAN JAWAPAN:

Definisi perniagaan:[skema]

•Sediakan-barang & perkhidmatan [½]
•Untuk-memuaskan kehendak & keperluan pelanggan [½]
•Melalui-pertukaran nilai [½]
•Untuk dapatkan-keuntungan [½]

Huraian elemen dalam perniagaan:[skema]

•Barangan dan perkhidmatan
-Barangan-produk fizikal-roti,kereta,telivisyen dan komputer -kegunaan pengguna akhir/jualan semula.[1]
-Perkhidmatan -aktiviti -faedah kepada konsumer/perniagaan lain.cth-syarikat pengangkutan, salon, agen perlancongan.[1]
•Pertukaran nilai
-Aktiviti-pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya-bentuk barangan/ perkhidmatan.[1]
-Urusniaga -melibatkan pertukaran wang (nilai pada kadar semasa)[1]
•Keuntungan perniagaan
-Keuntungan-matlamat semua perniagaan.[1]
-Keuntungan =kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.[1]
-Keuntungan-kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
•Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
-barangan asas-makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.[1]
-Kehendak pengguna- tidak terhad
-syarikat perniagaan-perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.[1]

Contoh jawapan calon patut jawab BAGI DEFINISI PERNIAGAAN untuk dapat 2 MARKAH

“Perniagaan bermaksud aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan.Ianya merangkumi empat perkara yang berikut iaitu barangan dan perkhidmatan ,pertukaran nilai,keuntungan perniagaan serta memuaskan keperluan dan kehendak.” [2 MARKAH]

Contoh jawapan calon yang patut jawab bagi huraian elemen dalam perniagaan:

Barangan dan perkhidmatan
-Barangan ialah produk fizikal seperti roti,kereta,telivisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula.[1]
-Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain lain perniagaan.syarikat pengangkutan.salon ,agen perlancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan.[1]

Pertukaran nilai
-Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga dimana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya samada dalam bentukbarangan atau perkhidmatan.
-urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang(nilai pada kadar semasa)

Keuntungan perniagaan
-Keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.
-Keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.
-Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.

Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
-Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
-Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar.
-Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.